Sejarah M.D.A



Ditubuhkan pada 14hb November 1997, METRO DRIVING ACADEMY SDN BHD (MDA) merupakan institut memandu berlesen oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. MDA menawarkan perkhidmatan pengambilan lesen kepada pelajar yang berada di sekitar negeri Selangor Darul Ehsan dan Kuala Lumpur.

Kampus utama MDA terletak di Kampung Melayu Subang (berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang). Ia dilengkapi dengan litar memandu yang profesional serta merupakan antara litar memandu yang terbaik di Malaysia.

Dewan-dewan kuliah MDA dilengkapi dengan penyaman udara dan komputer-komputer terkini untuk digunakan semasa kursus teori dan ujian berkomputer. Pelajar-pelajar juga tidak lagi perlu mengambil ujian memandu di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana JPJ akan menjalankan ujian memandu di kampus utama MDA. Ini membolehkan pelajar-pelajar merasa lebih yakin semasa ujian kerana mereka telah biasa dengan laluan-laluan yang diberikan. Ia juga membolehkan MDA menjadi sebagai PUSAT SETEMPAT UNTUK LESEN MEMANDU.

Selain itu juga, MDA juga menawarkan kursus "basic and advance driving". Lesen seperti GDL dan PSV juga ditawarkan. Semua program-program ini distrukturkan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran memandu supaya pemandu berasa lebih yakin dan selamat ketika berada di atas jalan raya.

Sebagai satu tanda pengiktirafan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menganugerahkan MDA sebagai AKADEMI MEMANDU TERBAIK JPJ MALAYSIA berdasarkan pengendalian yang dijalankan secara profesional dalam pentadbiran dan operasi.